Alhamdulillah, masih diizinkan Allah untuk bernafas di muka buminya sehingga ke hari ini.
Lama benar dah tak menulis sebenarnya, rasa kekok pun ada.
Tapi disebabkan hari ini saya nak berkongsi sesuatu yang saya rasakan agak penting untuk adik-adik (yang bakal ambil SPM terutamanya), saya merajinkan diri memainkan jari jemari untuk menaip..
Sebenarnya, ini cerita sebulan lepas punya, tersangatlah outdated kan?!
Hmmm...
Nak tanya, adik-adik semua dah fikir ke apa yang adik-adik bakal buat selepas SPM nanti?
Maksud saya, nak jadi apa, nak ambil subjek apa di universiti, nak pilih universiti mana, nak sambung belajar kat universiti local atau oversea...adik-adik dah fikir ke pasal semua benda ni?
Saya bukanlah nak bangga diri tapi seingat saya, sebaik saja saya sedar yang saya mahu jadi cikgu (masa tingkatan tiga rasanya), saya terus buat perancangan awal tentang masa depan saya.
Adik-adik pernah tengok drama Jepun bertajuk Gokusen tak? Kalau pernah, adik-adik ingat tak ada scene di mana Yankumi (the teacher/main character) ada men"distributekan" kertas Future Plan kepada para pelajar? Kalau ingat, thumbs up!
Bagi yang tak pernah tengok, sila tengok sendiri, ada 3 season semuanya.
Fokus utama disini bukannya drama Gokusen, tapi tentang Future Plan...
Adik-adik dah ada Future Plan?????
Sebulan yang lepas, saya dijemput untuk memberi perkongsian tentang pengalaman dan teknik-teknik yang saya gunakan untuk mendapatkan A1 dalam subjek BI (sekarang dah jadi A+) kepada adik-adik yang bakal menduduki SPM pada tahun ini.
Disebabkan hari tu ada masalah teknikal yang tak dapat dielakkan, saya tak dapat berkongsi dengan para pelajar power point yang saya sediakan dengan penuh kasih sayang. (Tehee!)
Jadi, saya kongsikan kat sini jelah...
Simple kan? Sebabnya, masa yang diperuntukkan untuk sesi perkongsian itu hanyalah 40 minit. Jadi, saya masukkan mana yang perlu sahaja. Realitinya, saya mengambil masa lebih daripada 40 minit untuk bercakap, almaklumlah, teruja memegang mikrofon agaknya!
Nak dipendekkan cerita, semasa sesi perkongsian tersebut, saya terpanggil untuk bertanya kepada mereka;
"Adik-adik sebenarnya dah ada perancancangan masa depan atau belum?"
Dan saya menerima respons neutral, di mana tiada yang mengangguk mahupun yang menggeleng.
Maka dengan itu, saya terpaksa membuat andaian sendiri bahawa mereka masih belum punya perancangan.
Adik-adik,
Adalah amat bahaya kalau adik-adik tidak mula berfikir tentang masa depan adik sekarang.
Kenapa?
Izinkan saya jelaskan menggunakan contoh drama melayu khayalan saya sendiri.
Adli seorang pelajar tingkatan 5. Dia tidak ada cita-cita kerana padanya, dia akan memilih kerjayanya sebaik sahaja menerima keputusan SPM. Kalau memperoleh straight A's, dia akan memohon jurusan medic ataupun jurutera walaupun dia tidak punya minat dalam kedua-dua bidang tersebut. Kita pendekkan cerita lagi, Adli diterima masuk ke universiti X dalam bidang medik. Setelah beberapa bulan belajar, Adli tersedar yang perubatan bukanlah untukknya. Dia sebenarnya mahu jadi pilot kapal terbang! Adli menyesal kerana sudah tersalah membuat pilihan penting dalam hidupnya. Lagi parah kalau Adli hanya tersedar yang dia mahu jadi Pilot selepas 10 tahun bekerja sebagai doktor.
Apa yang saya cuba sampaikan di sini adalah, adik-adik kena kenal potensi diri sendiri seawal yang mungkin. Cuba teroka dunia, pergi melancong, buka mata luas-luas!
Bila adik-adik dah tahu apa yang adik mahukan, InsyaAllah perjalanan hidup adik akan berjalan dengan lancar.
Ada satu trend di tempat saya, 'Budak Sains vs Budak Sastera vs Budak Teknik'.
Faham ke apa maksudnya?
Masing-masing berebut mahu belajar dalam kelas Sains kerana kerjaya dalam bidang sains lagi meluas berbanding bidang-bidang lain.
Siapa kata???
Adik-adik sebenarnya sudah salah faham.
Sains, sastera atau teknikal, masing-masing punya kelebihan dan kekurangan.
Sekarang, nak sambung pasal sesi perkongsian hari tu.
Ada beberapa soalan yang diajukan kepada saya. Antaranya adalah:
- Biasanya bila saya masuk dewan, saya jadi blurr, macam mana tak nak bagi blurr?
Masalah blurr ni sebenarnya bukannya bermula sebaik sahaja adik masuk dewan. Saya percaya ianya bermula daripada rumah kerana adik-adik cuak sebenarnya. Cuak kerana masih ada sillabus yang belum habis dibaca dan diulangkaji. Saya mengamalkan berzikir sepanjang perjalanan dari rumah ke sekolah. Saya baca berulang kali sehinggalah hati ini terasa tenang. Lagipun tak rugi berzikir kan? Dapat pahala free lagi...
- Boleh tak kongsikan tips untuk mengelakkan daripada mengantuk dalam kelas? (adik ni siap bagi smile :)
Mengantuk ketika belajar adalah perkara normal (padahal kalau nengok korean dramas tak pernah mengantuk kan??). Saya sendiri ada masalah mengantuk ni semasa f4 dan f5. Saya memang tak tahu cara nak elak mengantuk. Orang kata minum air, saya minum tapi tetap mengantuk jugak. Jadi apabila saya masuk matrik, saya cuba ubah tabiat makan dan tidur. Alhamdulillah, saya mampu untuk tidak menguap semasa dalam kuliah/ kelas tutorial.
- Bagaimana nak cari idea ketika menulis essay?
Amalkan membaca buku. Zaman saya SPM dulu, penggunaan internet tidak begitu meluas dan kami banyak bergantung kepada buku-buku untuk menambah ilmu. Contohnya baca Reader's Digest,The Chicken Soup, Harry Potter dan lain-lain. Bagi saya kalau kita banyak membaca, secara automatiknya idea akan datang sendiri.
- Macam mana nak mudah faham?
Bagi saya senang saja, jaga hubungan dengan orang sekeliling kerana kalau mahu mudah faham. Usaha juga mestilah ada, ilmu pengetahuan tidak akan datang bergolek kepada adik-adik kalau adik-adik hanya duduk tengok drama korea sepanjang hari.
- Macam mana nak mudah hafal formula?
Saya paling lemah kalau bab-bab menghafal. Mengira tak apa. Tapi kalau saya mahu menghafal, cara yang saya gunakan ialah menulis formula-formula tersebut atas kertas berulang kali sehingga saya ingat. Itu saja.
- Tak terlewat ke kalau nak buat MD?
Tak pernah ada istilah terlambat kalau nak belajar. (^^,)
- Apa beza form 6 dengan matriks?
Saya tidak ada pengetahuan yang begitu meluas tentang sistem tingkatan enam jadi jawapan saya agak bias sedikit. Jadi biarlah saya terangkan tentang Program Matrikulasi KPM kepada adik-adik.
Program ini terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun. Untuk sukatan pelajaran program matrikulasi, sila buka laman web bahagian matrikulasi kerana ada beberapa perubahan yang telah dilakukan untuk dipadankan dengan kehendak pelajar.
Modul 1
|
Modul 2
|
Modul 3
|
Mata Pelajaran Teras
|
||
Matematik Sains
|
Matematik Sains
|
Matematik Sains
|
Kimia
|
Kimia
|
Kimia
|
Fizik
|
Fizik
|
Biologi
|
Biologi
|
Sains Komputer
|
Sains Komputer
|
Modul 1
|
Modul 2
|
Modul 3
|
Mata Pelajaran Wajib
|
||
Bahasa Inggeris
|
Bahasa Inggeris
|
Bahasa Inggeris
|
Pendidikan Islam / Moral
|
Pendidikan Islam / Moral
|
Pendidikan Islam / Moral
|
Kemahiran Dinamika
|
Kemahiran Dinamika
|
Kemahiran Dinamika
|
Kokurikulum
|
Kokurikulum
|
Kokurikulum
|
[sumber: bmkpm website]
- Is it good for us to watch whatever foreign movies, dramas, like taiwan dramas with english substitle?
Saya juga seorang penonton tegar drama-drama korea, tetapi saya tidak akan sekali-kali menjadikan substitles drama tersebut sebagai rujukan saya. Sebabnya, saya tak tahu siapa yang menterjemahkan drama tersebut dan bagaimana tahap penguasaan Bahasa Inggeris orang yang menterjemah.
Ada banyak lagi soalan tapi saya dah tak ingat apa yang mereka tanya.
Alhamdulillah, saya mendapat pengalaman baru, bercakap dihadapan puluhan pelajar.
Perasaan?
Rasa teruja dan tak sabar nak mengajar, nak teroka dunia baru, nak mempraktikkan apa yang saya belajar selama ini...
Jadi, adik-adik yang bakal menduduki SPM terutamanya,
saya doakan anda semua berjaya, bukan berjaya dalam SPM sahaja, berjaya dalam hidup masing-masing.
Banggakan ibu ayah, guru-guru, keluarga dan orang tersayang.
Dan paling penting, jadilah orang yang berguna di dunia dan juga di akhirat.
Dah tak tahu nak tulis apa,
Sekian untuk hari ini.
See ya next time!
*Peace be upon you*