Remember my recent post about my trip to Spain??
Yeay!!
Now, I'm going to continue the 2nd part of the story, in which me and me friends went to Cordoba, Andalucia.
Penah dengar tak lagu Andalusia yang dinyanyikan M Nasir satu ketika dahulu? Masa mula-mula saya dengar lagu ni, disebabkan ceteknya pengetahuan pada masa itu, saya hanya memangdang remeh dan tak ambil tahu. Bahkan bila M Nasir menang AJL dengan mempertaruhkan lagu yang berjudul Andalusia ini, saya, sepertimana yang lain, mengerutkan kening. Apa yang hebat sangat lagu M Nasir ni sampai menang AJL??
So, saya pun buat la kaji selidik pasal lagu tu. Disebabkan lirik lagu tersebut yang agak mencabar dari segi bahasa puitisnya itu, saya mengambil keputusan untuk mengoogle sahaja, moga-moga ketemu dengan insan yang sudi berkongsi pengetahuannya tentang lirik lagu tersebut.
Pencarian saya berakhir tatkala bertemu dengan penulis blog Dr Muhaimin Sulam . Beliau ada menghuraikan tentang makna lirik lagu itu. Thanks Dr, anda memudahkan kerja saya. Hehe
Selepas membaca makna di sebalik lirik lagu itu, saya terpegun sekejap. Ini adalah kerana saya menyesal kerana tak buat "homework" before pergi sana. Dah balik baru sebuk nak research. Ayo!
Back to Andalusia.
Seingat saya, di Cordoba, kami awal-awal pagi lagi dah keluar, kononnya takut orang ramai. Tup tup tengok kamilah yang first datang!
Datang ke mana cik pah?
Tempat pertama yang kami pergi kat Cordoba adalah Mezquita. Mezquita, also known as the Mosques-Cathedral of Cordoba, is a medieval Islamic mosque that was converted into a Catholic Christian cathedral in the Spanish city of Cordoba, Andalusia (source: wikipedia)
Dalam bahasa mudahnya, Mezquita ini asalnya ialah masjid namun setelah Islam jatuh ke tangan Christian, masjid ini telah ditukarkan menjadi gereja. Apabila saya masuk, masih ada seni bina Islam yang di preservekan (tapi ianya sebahagian kecil sahaja). Bahagian lain semua telah ditukar.
Kerosakan
Antara seni bina Islam yang masih boleh dilihat oleh pengunjung:
Subhanallah! Boleh bayang tak betapa gemilangya Islam pada suatu ketika dahulu?
Me, Nadya and Paah kat dalam Mezquita
Gambar ini kat luar Mezquita
Gambar-gambar yang di ambil kat Mezquita tak berapa nak sharp sangat. I don't know why, huk huk huk. Lepas melawat Mezquita, kami pun berjalan-jalan sekitar tempat itu je until terjumpa la satu bridge ni, nama bridge ni Roman Bridge.
Kat Roman Bridge nie ada "accident" yang berlaku. Ada sorang mak cik/ pak cik ni (orang melayu jugak ler) mistaken me as kawan anak dia yang di panggil boiboiboi, eh boboy. Aku apatah lagi, berkerut kening seribu la, mana la aku penah kawan ngan anak dia. At the end, kami pon senyum-senyum aja. Anak dia kemain malu lagi mak ayah dia silap orang. Aduh!
Oklah.
Stay tune. Ada banyak lagi yang akan datang.
Peace be upon you.