Thursday, 15 August 2013

Throwback: Spain, 2010, Part 1

Assalamualaikum and a very good day,

Entry untuk hari ini agak special sebab tak tahu kenapa tetiba je teringat trip masa pegi spain during my 2nd year winter break.

So alang-alang nak tunggu cerita Om Shanti Om, kutulis entry ini sambil berharap agar line tenet membenarkanku mengapload gambar-gambar.

Saya pergi bertiga: me, Farah and Nadya (housemates). Kami bertolah around 3am-ish from Birmingham International Airport and turun kat Malaga Airport, Spain. Perjalanan hanya mengambil masa satu jam lebih so memang tak sempat nak tidur segala. Pramugarinya sangat hensem, lagi hensem dari pemain bola sepak barcelona Messi, kihkihkih.

Disebabkan trip ni dah bertahun-tahun lamanya, so saya nak mintak maaflah kalau ada sesetengah benda yang saya dah tak ingat. Long term memory I tak kuat sangat...haha

Sesampai aje di Malaga, kami stay beberapa jam untuk menaiki bas ke Sevilla. So, kami memang tak sempat untuk menjelajah Malaga sepenuhnya except for bus stationnya. Lagipun, masa tu hujan sangat lebat, so kami memang dok lepak-lepak dalam station je..hehe



Me, Farah and Nadya


Hotel yang kami menginap di Sevilla. Biasa-biasa saja asalkan selesa.

Malaga Bus Station

Posing-posing jap sementara tunggu bas.

Salah satu lorong berdekatan dengan hotel di Sevilla. Nampak mcm lorong gelap bukan? haha

Kami spend 2 hari 1 malam di Sevilla. Buat pengetahuan kawan-kawan semua, Sevilla ni bukannya kawasan bandar cam key-ell. Dia kampung-kampung aje..


Pic 6: Another gambar posing!

Nah kuda! Yang lahir 1990 kalau ikut kalendar cina tahun kuda. Thats why rasa ade connection dengan si kuda ini..kehkeh

See?

Cuaca sangat baik hari tu, Alhamdulillah..One of the buildings I found unique and beautiful, Subhanallah!

Mana-mana saya pergi, saya suka sangat tengok langit kat tempat tu...


Another great view of Seville


Nak tahu kenapa lenggang je tempat ni tak ada orang lalu-lalang? Sebabnya kami keluar awal-awal pagi, so depa sume dok tido lagi agaknya time ni..

Kat bawah ni beberapa gambar pemandangan yang cantik sekitar Seville yang sempat saya snap!






Selepas bersiar-siar ambil angin pagi, kami singgah di Plaza Del Triunfo.

Alcazar a.k.a piala or trophy. Banyak alcazar diletakkan sekitar Plaza Del Triunfo nih.


Tak tahu kenapa saya snap gambar ni. Itik oo itik..comellnya korang!

Tak lupa untuk berposing untuk kesekelian kalinya. Peace!


Ini pulak Alcazar of Seville, one of the royal palace kat seville nih. Ianya digunakan sehingga didaftarkan pada tahun 1987 oleh UNESCO sebagai World Heritage Site
Yelah, kalau tak, tak ada peluangla nak masuk kan...Best sangat sebab dia sangat unique! 

Ok, next jom gerak ke torre-de-oro, also known as golden tower. Torre-de-oro pon one of the tourists attraction place. So, what does it looks like??

Intoducing, golden tour of Sevilla!!

Top view 

Another top view

Again, another top view

Ini tangga yang kami naik untuk sampai ke puncak..

Tq to the camerawomen yang sudi ambik gambar ni dari bawah..


Selepas berseronok-ronok sekitar tower ni, kami masuk ke dalam muzium yang ada dalam tower ni tapi since I am not so much into Muzium, so tak banyak sangat gambar yang di snap.

Tibalah masa untuk continue the journey. Kami then balik ke hostel/ hotel, kemas-kemas and bergerak ke destinasi seterusnya, iaitu Cordoba.

Stay tune.

Setakat ini sahaja untuk kali ini. Jari jemari sudah penat untuk menulis, padahal bukannya banyak sangat ayat yang dikarang pon kan?

Ayo..

Peace be upon you.