Tanpa melengahkan masa, I nak sambung cerita pasal my journey kat Spain.
Kita still kat Cordoba, tapi kali ini saya ingin bawa kalian semua mengembara ke salah satu tinggalan Islam yang terulung di bumi Sepanyol, iaitu The Lost City of Madinat al-Zahra!
Kenapa lost city?
Lost city, sebabnya memang dah tak ada papepun kat sana kecuali tapak-tapak tinggalan kota tersebut. Memang ini cerita benar! Saya tak tipu tau. Ini saya tengok dengan mata kepala saya sendiri tinggalan tersebut.
Tapi sebelum itu, me and the gang mengikuti "kursus" pendek yang disediakan pihak berkenaan terlebih dahulu untuk memberi gambaran akan reka bentuk dan rupa kota tersebut sebelum dirobohkan oleh mereka yang tak bertanggungjawab itu. Nanti satgi saya cite pasal sejarah kota ini. Stay tune and keep reading.
Kat dewan kuliah inilah kami didedahkan dengan actual layout kota Madinat al-Zahra. Masa dia tengah cakap, saya tak leh nak snap pic, nanti orang kata apa pulak kan. So sempat snap dewan kosong ini je.
Selepas itu, kami berkeliaran sekitar luar dewan. Jangan salah faham, kami berkeliaran di sekitar muzium yang letaknya luar bilik kuliah tadi. Yang susahnya, almost semua explanation in Spanish, Adoih. So kena pandai-pandai translate sendiri jer.
Salah satu artifact yang sempat di"selamatkan" oleh archeologist.
Salah satu penerangan tentang layout pintu gerbang Medina al-Zahra.
After berlegar-legar, snap pic hampir nak dekat sejam, kami pun bergerak keluar untuk ke tapak sebenar kota itu. Yang lecehnya, bas tak frequent sangat. So, memang nak kena pandai budget masa and kena rush sikit.
Ditakdirkan juga pada hari itu, hujan turun dengan lebatnya. Memang kami basah kuyup. Dahla tak ada payung. Nasib baik kami pakai jaket. So kami guna jaket sebagai pelindung dari hujan. Tapi malangnya, jaket saya bukan jaket kalis air. So dengan jaket-jaket sekali basah. Nak buat macam mana, dah nasib badan...huhu
Namun itu tidak mematahkan semangat kami untuk terus menyerah kalah. Kami tunggu sehingga hujan reda baru lah kami explore Madinat al-Zahra ini.
Masa ni hujan tengah turun. Nampak tak awan kumolonimbus tu?? (betul tak ejaan tu? main hentam aje!)
See, I told you. Memang tinggal tapak aje. Memang sayang kan? kota ini sempat gemilang sekejap aje.
Ringkasan Sejarah Madinat al-Zahra:
Madinat al-Zahra juga dikenali sebagai kota yang bersinar adalah merupakan sebuah kota yang dibangunkan oleh Khalifah Bani Umayyah dari Cordoba, dikenali sebagai Abdul ar-Rahman III sekitar tahun 936. Saya diberitahu bahawa insan yang bertanggungjawab mereka kota ini adalah insan yang bernama Maslama bin Abdullah. Kota ini letakmya di kaki gunung Monte de la Desposada aka Yebel al-Arus atau sekarang lebih dikenali sebagai lembah Guadalquivir.
Boleh bayangkan tak macam mana nak buat rumah kat kawasan gunung/ lembah? Mestilah bertingkat-tingkat kan. Teknologi zaman itu mana ada jentera-jentera nak ratakan tanah. Bangunan-bangunan dibangunkan secara bertingkat-tingkat. Tempat khalifah adalah kat tempat yang paling atas sekali, diikuti dengan pembesar-pembesar sampailah ke bahagian rakyat jelata. Terdapat binaan rumah-rumah, bengkel dan semestinya tempat beribadat umat Islam, iaitu masjid.
Namun sayang seribu kali sayang, bangunan ini hanya mampu bertahan sehingga tahun 1010. Sebabnya adalah bukan kerana kelemahan architecturenya, tapi kerana diserang oleh puak berber. Kota ini tak sempat bertahan untuk seabad pun.
#Permata Islam Yang Hilang#
Next: Al-Hambra!
Stay tune.
Peace be upon you.