Assalamualaikum..
Apa khabar?
Harapnya sihat semua. [sengih]
Hari ni saya nak tulis review tentang satu produk yang saya sangat suka dan cintai [over!]
Produk apa?
[Sila refer pada tajuk entry ni]
Saya akan guna akronim LSP saja ye. harap awak-awak semua faham [sengih lagi]
Saya tak tahu awak-awak semua macam mana tapi saya kalau di malam hari, saya rasa tak selesa sangat dengan kulit wajah saya yang berminyak.
Walaupun dah cuci muka, pakai toner, moisturizer segala, lebih kurang sejam atau dua jam selepas itu kulit kembali berminyak [ini berlaku di waktu malam tau.]
Satu hari ada member rekomenkan saya produk LSP ni.
Pada mulanya saya macam malas sebab LSP ni produk Korea.
Kulit Koreans dengan Malaysians tak sama memandangkan kita tinggal di dua iklim yang berbeza.
Tapi akibat tak tahan dengan kulit muka yang berminyak ini,
Saya menggagahkan diri untuk mencuba LSP ni.
Saya beli LSP ini di website KOREAN DEPART
Shopping di KOREAN DEPART ni sangat best tau.
Harganya sangat berpatutan plus harga shipping yang murah!
Untuk LSP ni, harga dia baru USD 5.95 (which means dalam RM20++)
Details produk adalah seperti berikut:
Capacity: 150 ml [boleh tahan lebih sebulan!]
Formulated with lavender extract 150 mg, shea butter. [bau lavender tidak terlampau kuat namun sekadar sedap untuk dibau, which suites my taste]
Provides nutrition and moisture for skin
Lavender and aroma scent.