Monday, 19 August 2013

Untuk Remaja a.ka Forteen!

Assalamualaikum and Happy Eid saya ucapkan!

Kali ini, saya nak buat entry takda gambar mahupun video. Sebabnya, malas nak mengupload gambar/video and saya pun memang tak ada gambar original kumpulan ini.

Kenal Forteen?

Kalau tanya saya 2 tahun yang lepas samada saya kenal atau tidak akan Forteen, makanya jawapan saya adalah TIDAK. Sebabnya pada waktu dan ketika itu, saya tak layan sangat lagu-lagu melayu kecuali lagu-lagu Adam AF2 dan Hafiz, dan tak lupa juga lagu Dato' CT. Maklumlah, masa itu, demam Korea sangat menjadi-jadi dan saya salah seorang yang terkena virus tersebut. Di tambah pula dengan persekitaran yang meng"limitkan" saya daripada di"updatekan" dengan lagu-lagu terbaru oleh penyanyi tempatan kita. 

Pada suatu hari, sang kancil bertemu sang kura-kura. Eh, silap cerita!

Pada suatu hari, saya dibukakan hati untuk dengar online radio Hot Fm sebab pada masa itu, saya sangat homesick dan mahu pulang ke Malaysia. Biasalah, orang belajar memang macam ni. Bila dah balik for good ni, rasa macam nak belajar balik. Suha ooo Suha...

Berbalik pada cerita pasang video tadi.

Pada ketika itulah first time saya dengar lagi Berdua Bersatu. Mula-mula memang tak layan sangat, tapi saya keep dengar sebab suara diaorang cam boleh tahan. Sebabnya, negara kita agak kurang penyanyi yang boleh tarik note tinggi-tinggi ni. Hahaha. Memang pengkritik seni yang tegar nih!

Yang menariknya bila dengar radio online (Hot Fm khususnya), dia ada letak list-list lagu yang dimainkan. Podcast ke hape, saya dah tak ingat dah. Kat situ dia ada tulis Berdua Bersatu by Forteen. "Ooo Forteen.." Hanya mampu bercakap dalam hati. Kih Kih Kih

Selepas kejadian itu, memang tak ada apa-apa yang berlaku......THE ENGGGGGG!

Hahaha, belom belom, my story tak abih lagi ni. Cek sambung naaa..

Pada suatu hari yang lain pula, saya lepak dengan sorang member ni (boleh dikatakan peminat cerita-cerita melayu yang tegar). Setiap hari, setiap masa, dia akan tengok cerita-cerita melayu online (UK mana ada chanel citer Melayu, Hahaha). Banyak jugak la cerita yang dia promote. Vanila cokelatlah, Setia Hujung Nyawalah, itulah, inilah. Pendek kata, banyak jugaklah cerita yang dia promote. Dalam hati saya, dia ni tak nak stadi ke? Asyik nengok cerita aje kejenya. Hahaha. Tak sedar diri yang diri sendiri pun dua kali lima je. Yang lainnya, saya lagi prefer nengok CSI, Criminal Minds, Kindaichi Shounen No Jikenbo, dan tak lupa juga Detektif Conan! LOL Up until now saya still prefer cerita ber"genre" beginih.

Tapi tak tahulah kenapa, mengapa or bagaimana saya tertengok episod satu cerita Sebenarnya Saya Isteri Dia lakonan Izzue Islam dan Tizz Zaqyah. Yang peliknya, saya tak adalah minat sangat akan jalan cerita dia (maybe sebab saya penah baca online kat penulisan2u cerita tu), tapi saya suka lagu starting and ending cerita tersebut. I keep hitting repeat, peat, peat the same part (part lagu itu ler). Pe lagi, malam itu juga saya gi google ost sebenarnya saya isteri dia. Maka terkeluarlah senarai webpage yang gitau saya sapa yang nyanyi lagu ni. Sapa lagi kalau bukan FORTEEN!!! Jerit dalam hati. Jerit kuat-kuat kang jiran sebelah pun tekejut. Kihkihkih

Apa lagi, saya terus download lagu Kita nyanyian kumpulan Forteen into my iPhone. Saya download kat itunes, yelah nak support industri muzik la katakan. Hehe. So, sekarang, saya dah tak perlu bukak youtube dah, dengar lagu kat phone lagi senang. Tapi sayangnya Forteen tak keluarkan MV untuk lagu ini, so agak sayang jugaklah. Huhuhu

Disebabkan minat mula bercambah-cambah terhadap group Forteen ni,  saya pun berjinak-jinak kenal dengan ahli kumpulan Forteen. 2 of them ghupenya ore kelate jah. My beloved state tuh! Hehe

Sebenarnya saya cuba untuk adil dan saksama akan ahli group ni tapi malangnya, hati ini telah dicuri oleh one of the main vocal (selain One). Anda dah boleh agak sapa?????

Haha. Yes!

Ariz!! Hahaha Agak gedik di situ. Lama juga dah saya tak berfangirl sejak balik konsert B2st dulu. 

Meh nak terangkan kenapa saya suka Ariz ni. Bukan main-main minat je tau. Setiap perbuatan ada sebab kenapa kita buat benda itu kan?

Pertamanya, sebab suara. Kalau anda kata, tipulah tipulah. Percayalah, seperti cerita saya di atas, saya mula minat group ni tanpa melihat mereka terlebih dahulu. So memang saya suka penyanyi yang mula-mula nyanyi lagu Kita ini. Saya notice jugak ketiga-tiga single yang dikeluarkan KRU ini menaruhkan Ariz sebangai penyanyi pembuka lagu. Marketing strategy agaknya. Hahaha. Suara Ariz ni memang lunak dan best. Bila dengar live, memang macam dengar yang studio version punya (ini berdasarkan video-video yang saya dengar kat youtubelah..hehe).

Keduanya, teamwork. Saya tak tahu nak explain macam mana tapi saya suka teamwork group Forteen. Tak adalah sorang ke utara, sorang ke selatan. Last-last, disband (Oh NOOO!). 

Ketiga, seperti peminat-peminat yang lain katakan, tidak dinafikan Ariz ni ada pakej rupa. Hahaha Kiranya advantagela kan. Tak boleh nak puji lebih-lebih, kang ada yang baling batu ke rumah saya. Kot-kotla ada haters yang extreme. Hahaha. Joking man, Joking!

Oklah, sebenarnya bahu dah start lenguh-lenguh dah menaip. Akhir kata, group ni memang best! Saya bagi 4.5/5 start (4 bintang setengah) kat group ni for the quality of their voice! =)

Peace be upon you. Good night and jangan lupa baca doa tidur.