Wednesday, 21 August 2013

Throwback: Spain 2010, Al-Hambra, Part 4

Assalamualaikum.

Andai kata ada orang nak sponsor atau pun saya mampu daripada segi kewangan, saya pasti akan kembali ke bumi Sepanyol. Kalau tak dapat nak jelajah semua pun, dapat pergi Alhambra pun cukuplah.

Kecantikan Alhambra memang tiada tandingan!
Nak tengok kecantikan Alhambra?

Jom ikut saya, kita terjah!

Sebenarnya, tempat tuju utama kami adalah Nasrid Palace. Tapi sebelum masuk ke palace tersebut, kami harus melalui jalan yang telah ditetapkan tapi tak ada time limit pun. You can take your own time. Tak kisahlah, nak bergambar ke hape ke as long as kena ada time gate nak masuk Nasrid Palace.

Gambar-gambar di bawah adalah bangunan-bangunan yang masih di jaga elok sehingga hari ini dan menjadi tarikan pelancong juga.




 Kat sini, kami boleh nampak rumah-rumah sekitar Granada. Semua rumah-rumah kat sini berwarna puteh. Tak macam kat Malaysia, riang-riang warna-warni gitu.

Nampak tak gambar yang macam maize tu? 

Sesampai saja saya di Nasrid Palace, saya memang kagum tak terkata. Hampir keseluruhan pelosok bangunan dihiasi dengan seni ukir kalimah Allah S.W.T dan tak lupa corak kebunga-bungaan turut menghiasi istana ini.



Percayalah, Nasrid Palace sangat cantik tau....Tapi saya tak bernasib baik ketika itu. Sepatutnya, saya boleh lihat patung singa-singa, yang sememangnya femes di kalangan pelancong. Pada zaman dulu, patung singa tersebut dikatakan mampu mengeluarkan air daripada mulut mereka tatkala azan kedengaran. Lalu berpusu-pusulah rakyat jelata datang untuk mengambil wuduk. Tapi, disebabkan kerakusan dan kekejaman manusia, patung singa tersebut telah di jadikan bahan kajian dan kini, kesemuanya tidak berfungsi lagi. Hanya patung sekadar patung sahaja..

Selepas menikmati keindahan Nasrid Palace, kami pun bergerak keluar ke General Life. General life adalah satu kawasan yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan yang menghijau dan juga banyak tasik buatan yang boleh didapati. Someone told me, sultan membina General Life ini nak menggambarkan keindahan syurga supaya rakyat jelatanya bila nengok jadi nak berusaha masuk syurga.

Saya tak tahu nak gambarkan macam mana. Sebabnya, Alhambra ni dah berusia ratusan tahun dan saya sangat kagum dan rasa macam tak nak balik. Nak stay aje kat situ. Haha. Tak dapat nak bayangkan macam mana keadaan Alhambra semasa di bawah pemerintahan Islam. Mesti sangat menarik dan tak kelihatan lesu seperti hari ini.



Kalau tak silap, kami spend masa daripada pagi hingga petang kat sini. Fuuh. Itu pun rasa macam tak puas sangat. Kami bergerak keluar untuk ke satu lagi tempat yang menarik, iaitu Albayzin.


View of the Alhambra from the Mirador de San Nicolás in the Albayzin of Granada.


Macam lukisan aje kan kat belakang tuh!


Pemandangan di waktu malam sekitar Albayzin nie..


Demi untuk menyaksikan dengan mata kasar kami sendiri bagaimana lampu dibuka untuk menyalakan Alhambra, kami sanggup meredah sejuk musim dingin di sepanyol. Tapi kami memang puas hati!! kihkihkih

Secara ringkasnya, saya sangat-sangat cintakan Alhambra!

Next: Alicante!

Peace be upon you. =)