Saturday, 6 July 2013

Bookshelf

Assalamualaikum and a very good day!

Untuk entry kali ini, saya nak berkongsi hobi dengan anda semua, iaitu MEMBACA. Hahaha, sounds so formal and lame isn't it? But wait, bukankah membaca itu amalan mulia? Kalau tak membaca, macam mana nak dapatkan ilmu dan tanpa ilmu, ke mana arah tuju kita? Fikirkan!

So, hari ini saya nak kongsikan beberapa naskhah buku yang saya rasakan sangat berbaloi-baloi untuk dibaca pada waktu lapang, waktu tak lapang, semasa minum petang, ataupun dijadikan sebagai rujukan.

Sila rujuk gambar di bawah:


Dari kiri: Chemistry for every kid (Janice Vancleave) , Periodic tales (Hugh Aldersey-Williams), Stuff Matters (Mark Midownik) dan The Disappearing Spoon (Sam Kean)

Sebenarnya ada beberapa naskhah lagi tapi dah di shippingkan ke Malaysia. So, sekarang saya nak promote 4 buku-buku ini.

1. Chemistry for every kid by Janice Vancleave

Saya sangat recommend buku ini terutamanya untuk cikgu sains atau cikgu kimia. Kenapa? Well, buku ini mengandungi 101 eksperiment yang senang, dengan bujet yang rendah. Kita semua tahu kalau nak conduct eksperiment, nak kena sediakan beaker, conical flask, burrette, solution dan banyak lagi lah. Kebanyakan (ataupun hampir semua) eksperimen yang terkandung dalam buku ini hanya menggunakan botol-botol terpakai (guna botol kicap pon boleh, rasanyalah!). Dari segi material pula, material-material yang digunakan kebanyakannya mampu/ senang didapati di sekitar anda. Contohnya, vinegar, soda bicarbonate, belon, dishwasher, dan banyak lagi.

 
Contoh eksperiment mudah yang terkandung dalam buku ni:

Tengok tajuk pon dah tertarik kan? Eksperimen ni pasal kenapa kalau kita minum air bikarbonat (soda/ coke/ pepsi etc), selalunya akan ada buih yang keluar? Saya sendiri pun tak pernah terfikir pasal benda ni. Fascinating kan? Kalau ada masa, InsyaAllah saya akan try buat sendiri eksperimen nie dan konsikan dengan anda semua. 

Buku ini boleh didapati di BOOK DEPOSITORY ataupun amazon (online). Susah rasanya nak jumpa kat local bookstore. Dan untuk website book depository, walaupun dia UK punya website tapi dia ada service free worldwide delivery. So, no worry!

2. The Dissappearing Spoon by Sam Kean

This book is my favourite! Tengok, buku ni siap , menang Royal Society Winton Proze for Science Book and one of the new york times bestseller. Actually, this is the book that trigger my interest towards reading bibliography genre. Asalnya, saja-saja je beli buku nie sebab hari tu ada sale beli satu buku dapat half price for another book. So I just grab this book without thinking. LOL.

The Disappearing Spoon. Tajuk pon sangat catchy kan? Kalau translate: Sudu yang hilang. What???? Kalau hilang sudu, beli la baru kan? Apa susah-susah... But no, please think out of the box people, including me.


Tujuan Sam Kean tulis buku ini adalah untuk berkongsi the "hidden" stories behind the existing of periodic table. Meh nak cerita pasal Sam Kean nie sikit. Masa beliau masih bersekolah (i think grade 3 or so), dia hidap strep throat . Jadi, terpaksalah beliau stay kat rumah untuk jangka masa yang agak lama la jugak (I think). Setiap hari, mama beliau akan check suhu badan guna mercury thermometer. 
Rupa dia lebih kurang je dengan thermometer yang selalu kita guna waktu kat lab tapi ini punya lagi pendek dan tak cecah pon 100 degree celcius. Kenapa? haa teka-teki untuk difikirkan.

Sambung cerita balik. Ditakdirkan pada suatu hari, thermometer tu pecah. Tapi pecah bukan sebab suhu badan Sam nie tinggi terlampau. Tapi pecah disebabkan terjatuh. Boleh imagine kan macam mana? So bilamana ianya pecah, maka terkeluarlah liquid mercury. Apa keistimewaan mercury nie sampaikan Sam terpesona melihatnya? 

Gambar di bawah adalah sedakar hiasan semata-mata. Nampak tak ada liquid mercury spill over? In order to "bersihkan" the liquid, mama Sam menggunakan toothpick! Dia langsung tak gunakan kain lap or whatsoever pun. Dalam gambar di bawah, ada 4 bulatan liquid mercury kan? (walaupun berlainan saiz, ianya tetap benda yang sama). So, mama Sam tolak satu "bola" mercury ke satu "bola" yang lain sehinggalah ianya menjadi satu "bola" sahaja. This is what fascinate Sam at that moment.

 

Nak dijadikan cerita lagi, Sam pun refer ke periodic table (jadual unsur berkala) dan nak cari element yang bernama mercury. Cari punya cari memang tak jumpa. Why? Sebab simbol mercury dalam periodic table bukannya Me, Cury, Ry, My or something related to MERCURY word. Simbol mercury dalam periodic table adalah "Hg". Sam semakin curious nak tahu kenapa scientist letak simbol Hg instead of simbol yang ada kaitan dengan perkataan mercury. So Sam pun buat kaji selidik mengenai asal usul element mercury dari zaman rom, yuyani etc. Throughout the research, dia bukan sahaja dapat tahu asal usul mercury, tetapi juga element-element lain. 

Thats all for this book. Cerita panjang lebar nanti tak syok la pulak. Haha.

P/s: Buku ini bukan sahaja untuk Chemists tau, Physicist or any science domain students pon boleh baca gak. 

3. Stuff Matters by Mark Miodownik


Sebenarnya saya masih belum baca buku ini. Sempat pandang-pandang jeling-jeling introduction dia je. So cerita pasal intro ajelah ye. 

Pernahkah kita semua terfikir ataupun tanya soalan pada diri sendiri; "Apa benda ni?"/ "What is this stuff?"/ "Kenapa pisau boleh jadi tumpul?"/ "Kenapa rasa cokelat sangat sedap tapi rasa cuka masam?". Pernahkah? Pernahkah?

Seingat saya, setiap persoalan di atas dibiarkan berlalu begitu saja tanpa ada effort nak cari jawapan. Huhuhu. Tapi this person, Mark Miodownik ni lain. Dia banyak bertanya soalan-soalan dan sangat ingin tahu akan jawapan setiap persoalan yang dikemukakan. Chewah!

Yang menariknya buku ni, dia letak beberapa gambar yang sama (rasanya ada 6 ke 7 keping gambar) dan dia note down setiap material yang dia nak discuss dalam gambar tersebut. Contoh:


Gambar first dia discuss pasal steel dan yang kedua mengenai concrete. I wonder apps apa dia guna untuk edit gambar ni. I bet galaxy note?? Haha

Ok. Next.


4. Periodic tales by  Hugh Aldersey-Williams

The last one, Periodic Tales book. Basically, saya rasa buku ini lebih kurang je dengan The Disappearing Spoon tapi ini sangat mendalam dan bahasa yang digunakan penulis agak kompleks. Nak kena bukak kamus untuk check meaning. But the information provided sangatlah useful and meaningful. Grab one people!




Sebagai konklusi untuk entry hari ini, kejayaan kesemua penulis buku-buku yang ber"genre" seperti di atas adalah bermula daripada sikap ingin tahu dan selalu bertanya. Lepas ni jom ubah sikap malas ambil tahu ke sikap ingin tahu dan berfikir akan setiap kejadian yang berlaku. Jangan hanya ingin ambil tahu gosip-gosip artis saja, ok?

Sekian.