Tuesday, 27 May 2014

Catatan Hidup: Pengalaman di Kolej Matrikulasi Johor

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, masih diizinkan olehNYA untuk menaip di belog ini...
Memandangkan baru-baru ini merupakan kemasukan para pelajar sesi 2014-2015 ke kolej-kolej matrikulasi, diri ini terasa terpanggil (chewah!) untuk berkongsi tentang pengalaman serta pahit manis sepanjang pembelajaran saya disana.
Ok. Bukanlah nak berbangga ke hape, tapi alhamdulillah, saya mendapat pointer yang agak cemerlang (kalau tak cemerlang kpm tak hantar ke oversea dok?). Jujur saya katakan, saya lebih faham konsep-konsep subjek sains, iaitu Kimia dan Fizik sepanjang berada di sini. Kenapa? Hmm..Susah nak jawab tapi yang pastinya, para pensyarah sangat membantu dan baik-baik. Tapi kalau pensyarah saja yang berusaha untuk memajukan murid pon tak kena jugak. Kena lah ada usaha sendiri kan? 
Seingat saya, jadual harian saya sangat padat. Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke kolej matrikulasi, korang kena reset balik mindset korang (reset mindset?). Korang kena berkorban sesuatu untuk mendapatkan sesuatu. Zaman sekolah dulu, ada satu benda yang saya tak dapat nak korbankan, iaitu TIDUR. Ya, T.I.D.U.R. Sekarang rasa menyesal tak sudah kerana merajakan tidur daripada belajar. Jadi, sebaik sahaja masuk ke matrik, saya mengorbankan waktu tidur saya. Ya, saya tahu ianya tak elok dan tak sihat tapi pada saya, tidur selama 5 jam sudah lebih daripada mencukupi.
Nak tahu jadual saya macam mana? Jom kita flashback balik!

6.00 Pagi

Bangun tidur, gogok gigi, cuci muka and of course, kena mandilah sebab kuliah sampai pukul lima beb. Badan nak kena segar, tak gitu? Dan jangan lupa solat. Mulakan hari dengan solat, barulah hidup diberkati dan belajar pun lebih mudah dan lebih faham kan? InsyaAllah...

7.15-8.00 Pagi

Kalau rajin, turun beli sarapan kat cafe dengan kawan-kawan, kalau malas, bancuh milo or nescaffe instant dalam bilik je. Dan jangan lupa untuk susun buku-buku ikut jadual (ala, macam zaman sekolah jugak). Saya paling tak suka kalau tak bawa buku or tertinggal buku, rasa macam tak best bila pinjam dengan member, sebab buku dia, buku dialah. Buku saya, buku saya. Pendek kata, ambil sedikit masa, ala lima minit je untuk susun buku ikut jadual, tak susah pun...Kan?

8.00- 1.00Petang

Ha...Part ni paling kritikal. Ada yang tersengguk-sengguk, ada yang menari-nari dalam kuliah. Siap ada yang berdengkur lagi! Hahaha...Sebab tu perlu untuk kita bersarapan, kasi bertenaga sikit. Bagi yang gemarkan kopi, hah, minum kopi, kalau yang jenis minum milo, ha..minum milo. Bukan apa, kalau kita tak faham dalam kuliah, sukar untuk kita follow up nanti, unless you all jenis yang faham belajar tanpa cikgu. Kenapa penting untuk faham semasa kuliah? Jawapannya sebab masa. Masa. Kalau kita faham apa yang pensyarah ajar semasa dalam kuliah, kita akan dapat menjimatkan masa untuk ulangkaji. Maksudnya, lepas kuliah, korang boleh terus buat tutorial or past year papers. Tak adalah kena belek satu-satu apa yang ditulis semasa dalam kuliah. Faham kan apa maksud saya?

Lagi satu, setiap subjek sains akan ada lab. Dan saya menyesal sangat sebab tak berapa ambil berat sangat pasal lab. Kenapa? Sebab bila masuk universiti, saya rasa sangat ketinggalan berbanding mat-mat saleh yang lain. Mereka sangat advance dalam lab. So nak cakap kat sini, bagi yang merancang nak further studies dalam bidang sains selepas matrikulasi, baiklah korang biasakan diri awal-awal dengan radas dan juga alat-alat yang lain. Kalau pensyarah nak volunteer, cepat-cepat je volunteerkan diri. Apa yang penting? (gaya wonderpets), bukan kerjasama, tapi pengalaman. Pengalaman tu yang penting.

Hmm...Apa lagi ya? Key point paling penting kat sini adalah tumpukan perhatian dan aktifkan diri semasa dalam kuliah. kalau lembik, lesu, automatik kita akan kehilangan semangat untuk belajar...ok. Next!

1.00-3.00 Petang

Durasi masa ini pun sangat kritikal jugak. Kenapa? sebabnya, ini merupakan waktu rehat untuk para pelajar! Yeay!!! Eh, jangan dok yeay sangatlah. Haha...Masa inilah ramai yang balik ke bilik dan sambung tidur, dan ada yang terlepas kelas kerana tertidur dalam bilik. Saya? Of courselah tak balik bilik sebab saya tahu kalau saya balik bilik, saya akan tidak sedarkan diri sehingga waktu asar! So, untuk mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini daripada berlaku, saya lebih rela untuk tidak balik ke bilik. So, apa yang saya buat sepanjang dua jam? Karaoke? Shopping kat koop? gossip kat taman? Of courselah tak! Saya dan member baik sorang ni (namanya Iffa), biasanya selepas makan tengah hari, kami akan ke masjid. Jangan tanya apa kami buat kat masjid? Ada yang kena lambung-lambung nanti! Haha. Selain dapat pahala solat berjemaah, boleh jugak berkenal-kenalan dengan sahabat lain kan? Tapi saya tak nafikan kami berdua 'tertidur' dalam masjid. Opps! Tapi apa yang penting, ada orang tolong kejutkan dan kita tolong kejutkan orang. Saling tolong-menolong antara satu sama lain bukankah amalan mulia? Hmm, bercerita pasal masjid rindu pulak kat masjid KMJ...Huhuhu..Bagaimanalah agaknya ghupe dia sekarang?

3.00-5.00 Petang

Dua jam terakhir adalah saat-saat mencabar. Kalau pagi dah tersengguk-sengguk, agaknya kalau petang macam mana? Berdengkurlah jawabnya! Motivasi saya sepanjang dua jam ini adalah katil. Nasib baik pensyarah untuk kuliah saya (kuliah tiga) sangat best (tak tahulah pandangan orang lain macam mana). Memanglah mengantuk tahap maksima tapi alhamdulillah, setakat ini saya tak pernah tidur dalam kuliah. Bangga rasanya!

5.00-7.00 Petang

Inilah masa yang ditunggu oleh semua orang! Tipu kalau cakap tak. Ada yang kena lambung nanti! Haha. Biasanya lepas kuliah, saya bersihkan diri dan berbaring-baring untuk rehatkan diri. Yelah, kadang-kadang tu tertidurlah jugak! Opps! Tutup mata dan mulut! Petang-petang macam ni biasanya saya tak ulangkaji sebab kepala hotak dah penat kan. So, biasanya saya baca novel, nap, atau tengok cerita korea dalam laptop! Ha...Yang penting kita enjoy!!

7.00-9.00 Malam

Saya menyediakan diri untuk solat Magrib dan Isyak. Tak lupa juga membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Ala, dua jam je, bukannya lama pun kalau nak dibandingkan dengan masa yang dihabiskan dengan tenok cerita korea kan? Opps, diri ini terasa la jugak.

Hmm, apa lagi ya? Oh ya! Kalau saya rajin, biasanya saya dan member-member pergi cafe untuk makan malam. Ini kalau rajin, kalau malas bancuh air milo je (aikk, milo lagi ke??).

9.00-12.00 Malam

Selepas solat, makan, sampailah masanya untuk menghadapi realiti. Mahu atau tidak, korang kena ulangkaji. Begitu juga dengan saya. Biasanya saya ulangkaji dengan kawan-kawan, tapi kerja yang kami buat biasanya berlainan. Kalau saya buat latihan Kimia, member saya buat Fizik. Tapi ada jugak yang ambil akaun. Best tau belajar ramai-ramai, barulah lively, tak adalah bosan sangat kan?

Nak cakap tentang stail study saya. Saya biasanya tak tunggu pensyarah suruh buat baru saya buat. Kalau past year tu, sebaik sahaja habis sesuatu topik, saya akan cuba buat past year dan juga tutorial. Bukan nak tunjuk rajin ke apa tapi percayalah cakap saya, korang akan berjaya! Chewah! Satu kelebihan bila buat past year awal-awal ni kan, korang tak payah nak bersusah-payah berhempas pulas semasa study week. Saya biasanya hanya baca ringan-ringan je, kenapa? Sebabnya, saya dah check awal-awal lagi jawapan past year dengan pensyarah dan saya study apa kelemahan dan kekurangan saya contohnya calculation dll. Percaya atau tidak. saya siap tengok episod terakhir kekasih ku seru sedangkan keesokan harinya saya ada exam untuk fizik. Nak cakap kat sini yang kalau korang prepare dan buat past year awal-awal, InsyaAllah korang akan lebih tenang dan yakin!

12.00-2.00 Pagi

Kalau saya tak mengantuk, saya akan mengulangkaji tapi tak lebih daripada pukul dua pagi. Itu sahaja.


*Dan hari saya berulang kembali*

Nampak macam hectic life kan? Tak ada ke waktu untuk bersosial? Sebenarnya benda ni depends pada setiap individu. Lain orang lain caranya. Ya, saya ada waktunya bersosial tapi bukan dengan pakwe, saya bersosial dengan kawan-kawan sahaja. Ada yang kata study dengan pakwe, dia lagi faham. So? Go on. Saya tak halang...Ini pilihan saya dan alhamdulillah, saya berjaya dan terpilih sebagai duta kpm ke Birmingham, UK. Saya takkan menjejakkan kaki ke bumi ratu Elizabeth kalau bukan kerana pointer matrikulasi saya. Sebab itulah saya rasakan pengorbanan saya sangat berbaloi-baloi.

Saya belajar di Kolej Matrikulasi Johor, dan saya merupakan anak jati kelantan. Perjalanan daripada Kelantan ke Johor sangat lama dan ada kalanya saya tidak pulang ke rumah sedangkan kawan-kawan yang tinggal berdekatan berpeluang menghabiskan masa dengan keluarga semasa cuti. Di sini satu lagi pengorbanan yang saya lakukan. Saya mengorbankan masa dengan keluarga kerana saya fikir, semua ini hanya setahun dan saya perlu menghabiskan apa yang telah saya mulai. Bagi saya itu adalah satu laluan yang telah saya pilih. Sedih? Of courselah sedih. Saya terpaksa beraya haji di kolej sedangkan kawan-kawan lain bersama dengan keluarga. Namun saya tak boleh salahkan MUET, salahkan jarak antara Johor dan Kelantan kerana ini jalan yang saya pilih. 

Jom ambil contoh tanam pokok. Korang ingat tanam pokok ni senang ka? Nak kena ada benih, siram selalu, tanah kena sesuai, kena subur dll. Namun susah payah itu akan berbayar tatkala pokok yang kita tanam dengan usaha kita menghasilkan buah ranum.

Saya tak cakap yang saya telah berjaya sepenuhnya, kerana saya masih ada misi yang belum tercapai namun sekurang-kurangnya, saya sudah berjaya melepasi satu cabaran dalam hidup. Orang kata belajar di matrikulasi susah. Ya, saya tak nafikan tapi kalau korang betul-betul komited nak belajar bersungguh-sungguh dan ubah nasib diri dan keluarga, Allah akan bantu kita...

Oklah. Setakat ini sahaja untuk malam ini. Puas kerana dapat berkongsi pengalaman di matrikulasi melalui penulisan di blog. Selama ini bercakap secara lisan je..Hehehe

Untuk korang yang bakal memulakan or telah memulakan hidup sebegai pelajar di matrikulasi, saya ucapkan semoga berjaya bukan sahaja di matrikulasi, tetapi untuk masa depan korang. Kalau dah berjaya jangan lupa siapa yang menjayakan korang. Mengerti?

Oklah. That's all for now. Peace be upon you.


[Kawan-kawan yang mempunyai perjuangan yang sama dengan saya. Alhamdulillah, kami semua bakal bergelar pensyarah matrikulasi...Moga urusan kami dipermudahkan..Aminn]

Tuesday, 20 May 2014

AKU PUNYA DIA

AKU PUNYA DIA
TAPI AKU TAK PERNAH RASAKAN SEPERTI YANG LAIN RASAKAN...

AKU PUNYA DIA
TAPI AKU SEPERTINYA TIDAK PUNYA DIA...

AKU PUNYA DIA
TAPI KENAPA DIA SEMAKIN JAUH?...

AKU PUNYA DIA
TAPI PATUTKAH AKU TIDAK PUNYA DIA?...

AKU SEBENARNYA TIDAK PUNYA DIA
SIAPA 'DIA'?...

KAU TAK MUNGKIN BISA TAHU
KERNA AKANKU SIMPAN RAHSIA INI HINGGA KE HUJUNG NYAWA...

CUMA SATU YANG KUHARAPKAN
DIA AKAN BERUBAH
UNTUK AKU RASAKAN YANG AKU PUNYA DIA...

SEKIAN,


NUKILAN:
NURNASUHA HASHIM

Sunday, 18 May 2014

8% OFF Discount Voucher @ MILKADEAL

Assalamualaikum dan hi ;)

Bagi yang gemar bershopping online, ini ada berita baik untuk anda semua.
Baru-baru ni saya menerima discount code untuk pembelian di milkadeal.com (Tekan Link)..
No minimum purchase required and valid for multiple transactions..
Tamat tempoh code ini sebelum 30 JUN 2014.
Jadi, tunggu apa lagi???
Hanya perlu taip 3750 semasa checkout.
Jangan lupa tau, taip 3750.....3750....3750...
Sebut banyak kali supaya hengat dalam kepala..
Akhir kata, selamat bershopping!
*Peace be upon u*

Wednesday, 14 May 2014

Love You Like A Love Song (song covered by me&friends)

Assalamualaikum.

Pe kabo? Saya, Alhamdulillah..

Tak tahulah kenapa hari ni teringat kat geng-geng lepak kat taman sambil nyanyi-nyanyi...

Rindu nak nyanyi, walaupun sedar suara takat mana..Kihkihkih..

Paling penting kita enjoy kan?? kan?

Entah bila la dapat berkumpul macam ni..rindu nak belajar, rindu nak lepak costa, dan rindu macam-macam lagi...KPM, silalah taja saya belajar sekali lagi....huhuhuhuhu

Eh, sebelum terlupa, dengarkanlah lagu ini, daripada kami, geng-geng PGCE Nottingham 2012-2013 (sebab takda nama group, hentam ja bagi nama PGCE..kihkihkih)..Selamat mendengar =)




Siapa tahu sajak ini?


Alhamdulillah, hari ni hujan turun, rasa sejuk sikit badan..Alhamdulillah..

Hari ni nak kongsi satu sajak.

Tapi sajak ni saya tak tahu siapa yang tulis..

Tapi bila baca macam syok..Tehee!

Even when mountains flatten and riverbeds run dry,
And the earth moves to become one with the sky,
Even when the winter has thunder and summer has snow,
Never will my feelings do anything but grow...

Amacam? Hahaha..

Ok. Bye.

Peace be upon you.



Wednesday, 7 May 2014

Nasuha's Talk : Adik-adik nak jadi apa?


Alhamdulillah, masih diizinkan Allah untuk bernafas di muka buminya sehingga ke hari ini.
Lama benar dah tak menulis sebenarnya, rasa kekok pun ada.
Tapi disebabkan hari ini saya nak berkongsi sesuatu yang saya rasakan agak penting untuk adik-adik (yang bakal ambil SPM terutamanya), saya merajinkan diri memainkan jari jemari untuk menaip..

Sebenarnya, ini cerita sebulan lepas punya, tersangatlah outdated kan?!
Hmmm...

Nak tanya, adik-adik semua dah fikir ke apa yang adik-adik bakal buat selepas SPM nanti?
Maksud saya, nak jadi apa, nak ambil subjek apa di universiti, nak pilih universiti mana, nak sambung belajar kat universiti local atau oversea...adik-adik dah fikir ke pasal semua benda ni?

Saya bukanlah nak bangga diri tapi seingat saya, sebaik saja saya sedar yang saya mahu jadi cikgu (masa tingkatan tiga rasanya), saya terus buat perancangan awal tentang masa depan saya. 

Adik-adik pernah tengok drama Jepun bertajuk Gokusen tak? Kalau pernah, adik-adik ingat tak ada scene di mana Yankumi (the teacher/main character) ada men"distributekan" kertas Future Plan kepada para pelajar? Kalau ingat, thumbs up
Bagi yang tak pernah tengok, sila tengok sendiri, ada 3 season semuanya.
Fokus utama disini bukannya drama Gokusen, tapi tentang Future Plan...
Adik-adik dah ada Future Plan?????

Sebulan yang lepas, saya dijemput untuk memberi perkongsian tentang pengalaman dan teknik-teknik yang saya gunakan untuk mendapatkan A1 dalam subjek BI (sekarang dah jadi A+) kepada adik-adik yang bakal menduduki SPM pada tahun ini.
Disebabkan hari tu ada masalah teknikal yang tak dapat dielakkan, saya tak dapat berkongsi dengan para pelajar power point yang saya sediakan dengan penuh kasih sayang. (Tehee!)
Jadi, saya kongsikan kat sini jelah...












Simple kan? Sebabnya, masa yang diperuntukkan untuk sesi perkongsian itu hanyalah 40 minit. Jadi, saya masukkan mana yang perlu sahaja. Realitinya, saya mengambil masa lebih daripada 40 minit untuk bercakap, almaklumlah, teruja memegang mikrofon agaknya!

Nak dipendekkan cerita, semasa sesi perkongsian tersebut, saya terpanggil untuk bertanya kepada mereka;
"Adik-adik sebenarnya dah ada perancancangan masa depan atau belum?"
Dan saya menerima respons neutral, di mana tiada yang mengangguk mahupun yang menggeleng.
Maka dengan itu, saya terpaksa membuat andaian sendiri bahawa mereka masih belum punya perancangan.

Adik-adik,
Adalah amat bahaya kalau adik-adik tidak mula berfikir tentang masa depan adik sekarang.
Kenapa?
Izinkan saya jelaskan menggunakan contoh drama melayu khayalan saya sendiri.

Adli seorang pelajar tingkatan 5. Dia tidak ada cita-cita kerana padanya, dia akan memilih kerjayanya sebaik sahaja menerima keputusan SPM. Kalau memperoleh straight A's, dia akan memohon jurusan medic ataupun jurutera walaupun dia tidak punya minat dalam kedua-dua bidang tersebut. Kita pendekkan cerita lagi, Adli diterima masuk ke universiti X dalam bidang medik. Setelah beberapa bulan belajar, Adli tersedar yang perubatan bukanlah untukknya. Dia sebenarnya mahu jadi pilot kapal terbang! Adli menyesal kerana sudah tersalah membuat pilihan penting dalam hidupnya. Lagi parah kalau Adli hanya tersedar yang dia mahu jadi Pilot selepas 10 tahun bekerja sebagai doktor.

Apa yang saya cuba sampaikan di sini adalah, adik-adik kena kenal potensi diri sendiri seawal yang mungkin. Cuba teroka dunia, pergi melancong, buka mata luas-luas!
Bila adik-adik dah tahu apa yang adik mahukan, InsyaAllah perjalanan hidup adik akan berjalan dengan lancar. 

Ada satu trend di tempat saya, 'Budak Sains vs Budak Sastera vs Budak Teknik'. 
Faham ke apa maksudnya?
Masing-masing berebut mahu belajar dalam kelas Sains kerana kerjaya dalam bidang sains lagi meluas berbanding bidang-bidang lain. 
Siapa kata???
Adik-adik sebenarnya sudah salah faham.
Sains, sastera atau teknikal, masing-masing punya kelebihan dan kekurangan.

Sekarang, nak sambung pasal sesi perkongsian hari tu.
Ada beberapa soalan yang diajukan kepada saya. Antaranya adalah:


  • Biasanya bila saya masuk dewan, saya jadi blurr, macam mana tak nak bagi blurr?               

Masalah blurr ni sebenarnya bukannya bermula sebaik sahaja adik masuk dewan. Saya percaya ianya bermula daripada rumah kerana adik-adik cuak sebenarnya. Cuak kerana masih ada sillabus yang belum habis dibaca dan diulangkaji. Saya mengamalkan berzikir sepanjang perjalanan dari rumah ke sekolah. Saya baca berulang kali sehinggalah hati ini terasa tenang. Lagipun tak rugi berzikir kan? Dapat pahala free lagi...


  • Boleh tak kongsikan tips untuk mengelakkan daripada mengantuk dalam kelas? (adik ni siap bagi smile :) 
Mengantuk ketika belajar adalah perkara normal (padahal kalau nengok korean dramas tak pernah mengantuk kan??). Saya sendiri ada masalah mengantuk ni semasa f4 dan f5. Saya memang tak tahu cara nak elak mengantuk. Orang kata minum air, saya minum tapi tetap mengantuk jugak. Jadi apabila saya masuk matrik, saya cuba ubah tabiat makan dan tidur. Alhamdulillah, saya mampu untuk tidak menguap semasa dalam kuliah/ kelas tutorial.
  • Bagaimana nak cari idea ketika menulis essay?
Amalkan membaca buku. Zaman saya SPM dulu, penggunaan internet tidak begitu meluas dan kami banyak bergantung kepada buku-buku untuk menambah ilmu. Contohnya baca Reader's Digest,The Chicken Soup, Harry Potter dan lain-lain. Bagi saya kalau kita banyak membaca, secara automatiknya idea akan datang sendiri. 
  • Macam mana nak mudah faham?
Bagi saya senang saja, jaga hubungan dengan orang sekeliling kerana kalau mahu mudah faham. Usaha juga mestilah ada, ilmu pengetahuan tidak akan datang bergolek kepada adik-adik kalau adik-adik hanya duduk tengok drama korea sepanjang hari.
  • Macam mana nak mudah hafal formula?
Saya paling lemah kalau bab-bab menghafal. Mengira tak apa. Tapi kalau saya mahu menghafal, cara yang saya gunakan ialah menulis formula-formula tersebut atas kertas berulang kali sehingga saya ingat. Itu saja. 
  • Tak terlewat ke kalau nak buat MD?
Tak pernah ada istilah terlambat kalau nak belajar. (^^,)
  • Apa beza form 6 dengan matriks?
Saya tidak ada pengetahuan yang begitu meluas tentang sistem tingkatan enam jadi jawapan saya agak bias sedikit. Jadi biarlah saya terangkan tentang Program Matrikulasi KPM kepada adik-adik.

Program ini terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun. Untuk sukatan pelajaran program matrikulasi, sila buka laman web bahagian matrikulasi kerana ada beberapa perubahan yang telah dilakukan untuk dipadankan dengan kehendak pelajar.

Modul 1
Modul 2
Modul 3
Mata Pelajaran Teras

Matematik Sains
Matematik Sains
Matematik Sains
Kimia
Kimia
Kimia
Fizik
Fizik
Biologi
Biologi
Sains Komputer
Sains Komputer
Modul 1
Modul 2
Modul 3
Mata Pelajaran Wajib

Bahasa Inggeris
Bahasa Inggeris
Bahasa Inggeris
Pendidikan Islam / Moral
Pendidikan Islam / Moral
Pendidikan Islam / Moral
Kemahiran Dinamika
Kemahiran Dinamika
Kemahiran Dinamika
Kokurikulum
Kokurikulum
Kokurikulum

[sumber: bmkpm website]

  • Is it good for us to watch whatever foreign movies, dramas, like taiwan dramas with english substitle?
Saya juga seorang penonton tegar drama-drama korea, tetapi saya tidak akan sekali-kali menjadikan substitles drama tersebut sebagai rujukan saya. Sebabnya, saya tak tahu siapa yang menterjemahkan drama tersebut dan bagaimana tahap penguasaan Bahasa Inggeris orang yang menterjemah.

Ada banyak lagi soalan tapi saya dah tak ingat apa yang mereka tanya.
Alhamdulillah, saya mendapat pengalaman baru, bercakap dihadapan puluhan pelajar. 
Perasaan?
Rasa teruja dan tak sabar nak mengajar, nak teroka dunia baru, nak mempraktikkan apa yang saya belajar selama ini...

Jadi, adik-adik yang bakal menduduki SPM terutamanya,
saya doakan anda semua berjaya, bukan berjaya dalam SPM sahaja, berjaya dalam hidup masing-masing.
Banggakan ibu ayah, guru-guru, keluarga dan orang tersayang.
Dan paling penting, jadilah orang yang berguna di dunia dan juga di akhirat. 

Dah tak tahu nak tulis apa,
Sekian untuk hari ini.
See ya next time!

*Peace be upon you*





Friday, 14 February 2014

JOM REVIEW: NATURE REPUBLIC: SLEEPING TONIGHT: Lavender Sleeping Pack

Assalamualaikum..
Apa khabar?
Harapnya sihat semua. [sengih]

Hari ni saya nak tulis review tentang satu produk yang saya sangat suka dan cintai [over!]
Produk apa?
[Sila refer pada tajuk entry ni]
Saya akan guna akronim LSP saja ye. harap awak-awak semua faham [sengih lagi]

Saya tak tahu awak-awak semua macam mana tapi saya kalau di malam hari, saya rasa tak selesa sangat dengan kulit wajah saya yang berminyak.
Walaupun dah cuci muka, pakai toner, moisturizer segala, lebih kurang sejam atau dua jam selepas itu kulit kembali berminyak [ini berlaku di waktu malam tau.] 

Satu hari ada member rekomenkan saya produk LSP ni.
Pada mulanya saya macam malas sebab LSP ni produk Korea.
Kulit Koreans dengan Malaysians tak sama memandangkan kita tinggal di dua iklim yang berbeza.

Tapi akibat tak tahan dengan kulit muka yang berminyak ini,
Saya menggagahkan diri untuk mencuba LSP ni.
Saya beli LSP ini di website KOREAN DEPART

Shopping di KOREAN DEPART ni sangat best tau.
Harganya sangat berpatutan plus harga shipping yang murah! 
Untuk LSP ni, harga dia baru USD 5.95 (which means dalam RM20++)

Details produk adalah seperti berikut:
Capacity: 150 ml [boleh tahan lebih sebulan!]
Formulated with lavender extract 150 mg, shea butter. [bau lavender tidak terlampau kuat namun sekadar sedap untuk dibau, which suites my taste]
Provides nutrition and moisture for skin
Lavender and aroma scent.



[OMG, forgive my 'healthy' hand! LOL] [sengih]

Oklah, that's all for now.
Nanti kita review produk lain pulak ye. =)
Thanks for reading this entry.
Love.

*Peace be upon you*