Saturday, 28 September 2013

Jom diskusi bersama-sama

Assalamualaikum and a very good day to you, my dearest readers!

Alhamdulillah, dengan izin yang maha berkuasa, saya dikurniakan kesihatan yang sihat untuk menulis entry baru ini.

Recently, ada students datang rumah saya. One of them was my ex-student masa saya mengajar part time kat sekolah X ni. Another one was my own sepupu. Mereka berdua ni belajar di kolej matrikulasi yang sama.

Tujuan mereka berkunjung adalah.....ingin bertanya tentang subjek Kimia yang mereka pelajari di kolej matrikulasi. And I was like; "finally, ada orang jugak nak tanya aku kimia." Hahaha. Bukannya apa, saya dapat merasakan otak saya kian berkarat sejak dua menjak ini. Iyelah, macam-macam dugaan dan cabaran bila tak ada kerja ni. Tv, drama, movie, novel, magazines etc etc banyak memainkan peranan penting dalam hidup saya kini. Buku-buku Kimia hanya menjadi hiasan di dalam rak buku. Kononnya masa sebelum balik Malaysia dulu nak study, revise segala. Sekarang memang hampeh. Huuuuuuu

Nak dipendekkan cerita, kami pun revise sama-sama. Diaorang tanya, saya jawab. Kalau saya tak dapat jawab, saya try google dulu. Kalau betul-betul saya tak boleh jawab barulah saya cakap "sorry dik, kak dah lupa yang ini." dan perkataan seumpamanya.

Ada satu ketika ni, saya stuck tak boleh nak explain bab hybridisation. Lukis orbital memang kacang, semua orang boleh lukis tapi tak semua yang faham. Saya faham tapi saya tak tahu macam mana nak explain. Masa itu, saya teringat one of my tutors penah cakap yang lebih baik kita mengaku yang kita tak tahu daripada kita memberi maklumat yang salah.

Memang rasanya agak malu nak mengaku yang kita tak tahu. Tapi rasanya tak salah kita rendahkan ego sedikit dan belajar daripada kesilapan. Belajar memang senang. Semua orang boleh belajar. Kita faham apa yang kita belajar. Namun bagaimana pula dengan yang lain?

Ada dua persoalan yang ingin saya timbulkan di sini;

  • Adakah para pelajar sebenarnya faham cara mereka belajar? 
  • Perlukah para pelajar belajar cara kita (guru)  faham supaya mereka lebih faham?


From my opinion lah, disebabkan students ni tak faham rentak pembelajaran mereka, maka mereka bergantung pada guru untuk menyuap segala maklumat kepada mereka kerana mereka sangat yakin dengan kredibiliti seseorang guru itu. Saya mengaku, saya one of this kind of students until saya masuk form 5.

Disebabkan saya "fail" dalam usaha mencari rentak pembelajaran saya, memang result saya agak tak berapa "Ummph". The worst thing is, you tak faham pon apa yang you belajar. ZAAPPP!

Wait. Gagal sekali tak bermakna anda akan gagal selama-lamanya kan? Berpegang teguh dengan prinsip itu, saya masuk ke kolej matrikulasi dengan azam baru. "I need to do something!"

Bagaimana belajar di matrikulasi?

Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan saya sepanjang di matrikulasi dengan memberikan saya kawan, guru, material, persekitaran yang sangat baik untuk saya belajar. Suhu panas bukan alasan untuk tidak belajar, okeyh! Hahaha

Dari tadi awak dok cakap pasal rentak, rentak, rentak belajar. Pekebenda tuh?

Maksudnya, your own way of doing things. In this context, your own ways of studying. As for me, saya paling tak suka menghafal. Subjek Biology memang musuh utama saya. Masa kat matrik, saya memang avoid subjek Biology. At this stage, adalah penting untuk kita kenal potensi diri kita. Kita kenal diri kita lebih dari orang lain. Am I right? Tapi in real life, cubalah avoid macam mana pun, mesti dia datang balik kat kita kan? Walaupun saya happy dah tak ambil subjek Biology masa kat matrik, cabaran baru datang kepada saya. Terlampau banyak silibus perlu dihabiskan dalam masa satu tahun!

Kadang-kadang saya merasakan diri ini bagaikan robot. Sedih kan?

Apa yang awak buat untuk mengatasi masalah semasa di matrik?

My answer is simple, dik. Lepas kelas, rehat. Kalau perlu nap, go on. Saya pilih option kedua tanpa ragu-ragu. Hahaha. Lepas dah rehat, badan dah segar dan tak lesu, masa inilah badan kita berada dalam kondisi yang terbaik untuk belajar.

Awak belajar 24 jam ke kat matrik?

Uiisshh. Jawapannya tidak. Seperti remaja normal yang lain, saya perlu makan,minum, solat dan sedikit entertaintment di situ. Saya tak pernah skip lunch. Seriously. Kasihan my mom kena hantar duit bulan-bulan tapi my mom tak kisah kalau duit digunakan untuk membeli makanan. Haha

Untuk hiburan, saya menggunakan laptop sebagai medium untuk tengok cerita yang kawan-kawan download. Setiap hujung minggu kami pasti adakan our own "panggung wayang". Kalau tidak, biasanya saya ke bilik tv untuk menonton tv. Saya masih ingat saya dan kawan-kawan pernah menonton kekasihku seru episode terakhir dan esoknya kami ada exam final untuk fizik. Eh.

Boleh kongsi tips belajar tak?

Actually, I am not the best person here to give tips belajar tapi tak salah kan berkongsi?

1. Jangan ponteng kelas walaupun itu kelas dinamika kemahiran.
2. Jangan palsukan kehadiran ke kelas (contohnya tolong kawan sign etc)
3. Jangan sesekali (even menguap) tidur dalam kuliah/ kelas tutorial
4. Jangan skip lunch
5. Outing itu kadang-kadang perlu untuk kurangkan stress
6. Bertanya. Kalau malu dalam kuliah, tanya di bilik guru
7. Bersosial-berkongsi ilmu dengan members
8. Habis lecture, terus buat ulangkaji/ past papers. Lepas tu boleh bagi lecturer check.
9. Bila study week, jangan study hard sangat. Study smart. Elakkan revise benda yang berat-berat. Biasakan diri dengan membuat soalan-soalan past papers.

Oklah. Selamat belajar ye adik-adik!

*Peace be upon you*