Assalamualaikum and a very pleasant day!
Hari tu ada terbaca Maria Elena discuss pasal bagaimana beliau manage duit gaji/ elaun beliau.
Bila dah tua sikit nie (ehem, padahal baru je masuk 23 tahun. tehee!), tetiba terfikir jugak nak kena saving.
Yelah selama ini asyik guna duit scholarship sampai tak hengat dunnya! So bila dah start banyak masa free ni, I am doing some thinking about my future..chewah!
Tapi memang betul pun, tak ada ssesiapapun yang tahu apa akan berlaku di masa hadapan. Takkan lah nak begging kat mak ayah mintak duit kan? at some point kalau dah tak boleh elak memang nak buat macam mana kan tapi selagi boleh elak, saya dah tak mahu guna duit parents. Biarlah kita berdikari cara kita sendiri.
So, berbalik pada kak Maria tadi, beliau memang organiselah tentang duit menduit nih. Siap bahagikan beliau punya gaji kepada beberapa bahagian. 50% (keperluan asas), 30% (savings) and 20% (dll). Correct me if I'm wrong wokeyh!
Apabila perbelanjaan keperluan asas melebihi dari yang sepatutnya, JANGAN sekali-kali kacau duit hak saving punya tapi boleh KACAU hak dll (dan lain lain). Saving sangat penting kot. Duit tu kalau disimpan sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan.
Boleh guna duit saving untuk pergi travel ke, pergi umrah ke, yang paling penting, kita ada duit back-up di saat kecemasan.
Jadi kawan-kawan, marilah mula menyimpan untuk masa depan. Menabunglah! =)
Peace be upon you.