Friday, 9 August 2013

Selamat Hari Raya 2013

Assalamualaikum and Happy Eid everyone!

Macam mana hari raya korang?

Saya? Alhamdulillah, tahun lepas beraya kat UK je sebab tak balik beraya.. Tapi tahun ni Allah bagi kesempatan kepada saya untuk beraya dengan family...Syukur Ya Rabb..

Seperti tahun-tahun sebelumnya, saya balik beraya kat kampung di Gua Musang. Anda tahu tak Gua Musang kat mana? sila google. hahaha

Kenapa beraya di Gua Musang? Sebabnya, Gua Musang ni ada significant kat dalam hati saya. Dulu kat sinilah arwah nenek and atuk sebelah my mom tinggal. Masa saya kecik-kecik dulu, nenek saya selalu bawak saya tinggal dengan dia sebab masa tu, my mom baru je lahirkan adik kembar saya. So, nak ringankan beban my mom, dia bawaklah saya tinggal dengan dia. Tambahan pula, nenek and atuk memang tinggal sendirian je. Anak-anak diaorang semua dah ada kehidupan masing-masing. Pendek kata, saya ni ibarat nak hilangkan bosan mereka agaknya...kihkih

Tapi umur mereka tak panjang. Seingat saya, dua-dua arwah meninggal selang sejam je. Masa itu saya berumur 12 tahun. Sebab masa tu masih kecik, so tak ingat sangat macam mana time tu tapi bila dah besar ni, teringat juga kenangan zaman-zaman duduk dengan mereka. 

Apa yang saya boleh buat sekarang hanyalah berdoa untuk mereka. Alhamdulillah, tahun ini Allah mengizinkan saya untuk melawat kubur mereka lagi..

Berbalik kepada cerita raya, tahun ni kakak saya yang sulung tu dapat cuti raya. So, anak-anak zaifah semuanya complete! Hehe..

 Dari kiri: Me, Nana (adik bongsu), abang, Kak, and ya (kakak sulung)

 
 Me and my beautiful sisters. Diaorang ni kembar...hehe

Oklah, dah buntu nak tulis apa.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin semua...=)

Peace be upon you!