Monday, 26 August 2013

Discussion: Mengajar Kanak-kanak Riang


Assalamualaikum....

Hari ni baru dapat peluang tengok video matlutfi yang terbaru. Actually tak adalah baru sangat sebab dah nak dekat sebulan video tu dah keluar kat youtube. Hehe

Video yang ini sangat menarik dan isinya mudah dipahami. Actually, semua video beliau sangat mudah dipahami dan bahasa yang digunakan pun mudah. 

Video ini bertajuk 'mengajar kanak-kanak riang'. Apabila saya nampak tajuk video ini, apa yang saya gambarkan adalah mengenai cikgu yang mengajar budak-budak tadika.

Apabila bercakap mengenai budak-budak tabika, saya terus teringat akan mak saya, dimana berliau merupakan seorang guru tabika dan sehingga sekarang, beliau masih mengajar. Setahu saya, first batch students yang mak saya ajar sudah pun mempunyai anak-anak. Apa yang saya cuba sampaikan adalah, saya kagum akan kesungguhan dan ketabahan mak saya dalam mendidik kanak-kanak ini tanpa ada sedikit pun rasa untuk meninggalkan profession keguruan ini. Sebabnya, saya dapat lihat ramai di antara kita yang mudah bosan dan tak tahan susah. Nak cari kerja yang senang, mudah, dan yang penting, dapat banyak duit. Ramai yang bertanya kepada saya; "kenapa nak jadi cikgu? cikgu gaji murah!"

See? Inilah minda orang kita. Menilai seseorang berdasarkan kekayaan yang dimiliki. Saya sangat kurang gemar akan soalan ini. Seriously, takkan saya nak keje engineer jika saya tak minat akan kerjaya tersebut? Nowadays, apa yang saya dapat lihat adalah ramai orang kita selalunya "cop" sesuatu kerjaya yang selalunya  "hangat" di pasaran. Mereka tak kisah samada mereka minat ke tak akan profession tersebut asalkan mereka dapat makan gaji. So, bagaimana pula dengan nasib mereka yang betul-betul minat akan kerjaya tersebut? 

Berbalik pada video (haha, banyak melencong dah!),seperti yang dikatakan oleh matlutfi dalam video (correct me if I'm wrong), bila kanak-kanak riang ini tidak tahu sesuatu, mereka akan bertanya dan sangat honest dalam pertanyaan mereka. Saya sangatlah bersetuju akan statement ini!

Kenapa? Sebabnya saya pernah melihat dengan mata saya sendiri (semasa school placement) bagaimana "seronoknya" kanak-kanak bertanyakan soalan kepada guru mereka terutamanya semasa sesi bercerita. Bayangkan, cerita yang diceritakan tak adalah panjang mana pun dan daripada tahap pemahaman dewasa saya, saya rasakan cerita itu sangat bosan dan "common". Seingat saya, cerita itu berkisarkan tentamg sekumpulan pelajar pergi berkelah di tepi pantai. Namun persoalan yang di timbulkan oleh kanak-kanak ini menarik perhatian saya untuk terus mendengar. Hehe

Antara persoalan yang timbul (plus-minus la eh)
1.  "Why their parents are not coming along to this trip?"
2. "Why the sky in that book is blue but outside is not?"
3. "Do we have beach in England?"
4. "Do we have to collect the shells at the beach?"

Yang paling kelakar adalah yang ketiga tuh. "Do we have beach in England?" Haha. Nampak sangat adik tak pernah keluar rumah ye. But see, every perkataan, pertanyaan yang keluar dari mulut kanak-kanak ini adalah pure. Sebab itulah sebagai seorang guru, apabila pelajar bertanyakan soalan, kita seharusnya menghargai soalan tersebut. Jangan judge students. Apabila students bertanya, itu tidak bermakna mereka tak pandai. Mereka sebenarnya sedang mengukuhkan pemahaman mereka. Sepanjang saya mengikuti PGCE, perkara baru yang saya dapat adalah students create their own understanding. Ini bermaksud, pemahaman seseorang itu bukannya daripada seorang guru yang berwibawa, pandai mengajar etc etc. namun ianya daripada pelajar itu sendiri. So, apabila seseorang itu berjaya, bermaksud dia telah berjaya create their own understanding. Tugas guru adalah sebagai "assistant", bukannya the "givers". Ingat ye adik-adik.

[video] Matlutfi: mengajar kanak-kanak riang

Do you want to know how students create their own understanding? In educational term, we call it as constructivism. It's a topic that is really hard to explain but this video simplify it. Check it out.


[video] John Abbott discusses the theory of constructivism in learning

"You never learn anything absolutely from scratch. When you have a new idea and you see that something related to what you already got in your brain, and you sort of construct a bigger framework, and bigger framework." -constructivism-

Oleh itu, jangan limitkan sesuatu yang kita akan rugi nanti. Teruskan bertanya, mempersoalkan sesuatu perkara kerana at the end, you are the one yang bertuah. Jangan malu dan segan untuk bertanya. Jangan takut untuk bertanya sesuatu yang remeh (kononnya sebab takut diejek rakan-rakan) but trust me, diaorang pun yang akan tumpan sekaki nanti.
Sekian.